Saintis Akuakultur

Kerjaya sebagai Saintis Akuakultur


 

 

Kerjaya sebagai Ahli Sains Akuakultur (Aquaculture Scientist)

 

Saintis Akuakultur / aquaculture scientist mengkaji ikan dan sumber makanan laut untuk ternakan. Mereka menjalankan penyelidikan di makmal atau di lapangan.

Sesetengah saintis akuakultur mengajar di kolej-kolej dan universiti atau bekerja sebagai penasihat kepada firma-firma perniagaan dan kerajaan. Ada juga yang terlibat dalam jualan teknikal dan pekerjaan perkhidmatan untuk syarikat yang membuat produk-produk penternakan hidupan laut.

Rakyat Malaysia mengambil sejumlah besar sumber makanan laut terutamanya ikan. Penuaian ikan daripada laut sahaja adalah tidak mencukupi. Justeru, bidang akuakultur memainkan peranan yang penting untuk menyelesaikan sebahagian daripada masalah ini. Akuakultur digambarkan sebagai aquafarming atau penternakan hidupan akuatik di bawah keadaan terkawal.

Syarat-syarat Am

 

Ijazah sarjana muda

Subjek di sekolah yang patut ditekankan :biologi, kimia, sains pertanian

Subjek yang bakal dipelajari di peringkat ijazah :komunikasi, matematik, ekonomi, perniagaan, dan fizikal dan sains hayat kursus, sebagai tambahan kepada pelbagai kursus sains pertanian teknikal.

Pendidikan

 

 

Bachelor of Agriculture (Aquaculture) , Faculty of Agriculture, Universiti Putra Malaysia

Bachelor of Aquaculture, Universiti Malaysia Sabah

 

Pasaran Pekerjaan

 

 

Ahli-ahli sains akuakultur  boleh bekerja untuk kerajaan tempatan , di bawah Jabatan Perikanan dan agensi-agensi kerajaan. Mereka juga boleh terlibat dalam perkhidmatan pendidikan sebagai ahli akademik. Lain- lain jenis pekerjaan termasuk syarikat-syarikat perkhidmatan perikanan, makmal penyelidikan dan pembangunan komersil, syarikat-syarikat benih ikan , pengedar, pemborong dan syarikat-syarikat produk makanan berasakan hidupan laut. Sesetengah saintis bekerja sendiri sebagai perunding.

Kebanyakan saintis akuakultur memerlukan sekurang-kurangnya ijazah sarjana untuk bekerja dalam penyelidikan asas atau gunaan, manakala ijazah sarjana muda adalah mencukupi bagi beberapa pekerjaan dalam penyelidikan gunaan,  atau pembangunan produk.

 

Gaji

 

RM 1700  hingga RM 5000 sebulan (berdasarkan www.spa.gov.my)

Written by Admin

Hubungi Kami

  • 349A Mukim 7 Pulau Betong, Balik Pulau 11020 Pulau Pinang 
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 04-6553625 (phone / fax)

2011-2012 © Career2Zoom by Tunas Impian Venture (PG0280262-A). Hakcipta terpelihara.Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi , gambar dan isi kandungan majalah career2zoom ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elekronik, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada  Tunas Impian Venture.