Jurutera Rekabentuk Produk

Kerjaya sebagai Jurutera Rekabentuk.Product Design Engineer' mengilhamkan konsep dan menilai idea bagi melahirkan produk melalui kaedah yang sistematik.


 

 

 

Kerjaya sebagai Jurutera Rekabentuk Produk atau Product Design Engineer

 

Product Design Engineer' mengilhamkan konsep dan menilai idea bagi melahirkan produk melalui kaedah yang sistematik. Tanggungjawabnya adalah menggabungkan seni, sains, dan teknologi untuk mencipta produk 3-Dimensi. Kini, Product design Engineer menggunakan alat bantu digital seperti CAD/CAM bagi memudahkan untuk berkomunikasi, menghasilkan visual, dan menganalisis data. Product design Engineer harus mempunyai kebolehan untuk mengurus sesuatu projek, meluluskan sesuatu rekabentuk dan kebolehan menghasilkannya dengan bantuan rakan projek dan teknologi. Elemen rekabentuk yang penting serta dititikberatkan termasuklah nilai estatika, teknologi yang sesuai, ergonomic, analisis stress, kejuruteraan material dan kebolehguanaan (usability).

 

Syarat-syarat Am

 

Ijazah Sarjana Muda

Subjek yang disekolah: Matematik / Matematik Tambahan , Subjek Teknikal dan mekanikal, Seni

Subjek yang bakal dipelajari: Matematik kejuruteraan, Rekabentuk produk, kejuruteraan industri, termodinamik dan banyak lagi

 

Pendidikan

 

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
School of Manufacturing Engineering
  • Bac.of Eng.(Product Design Engineering) (Hons)
  • M.Sc. (Product Design Engineering)
  • Ph.D (Product Design Engineering)
Universiti Kuala Lumpur Institute For Product Design And Manufacturing (IPROM)
  • Bac.of Eng.Technology (Hons) in Product Design
German Malaysian Institute (GMI)
  • Diploma In Product Design And Manufacturing

Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Balik Pulau

  • Diploma in Product Design

 

LUAR NEGARA

Swinburne Universityof Tecnology (Australia)
Faculty of Engineering and Industrial Sciences

  • BSc. Product Design Engineering

 

 

University of Strathclyde (UK)

  • BEng Product Design Engneering

 

 

Brunel University London (UK)
School of Engineering and Design

  • BSc Product Engineering

 

 

 

Staffordshire University  (UK)
Faculty of Computing, Engineering and Technology

  • BEng Product Design Engineering

 

Pasaran Pekerjaan

 

Skop kerjaya sebagai seorang jurutera rekabentuk produk mempunyai permintaan yang tinggi terutamanya daripada pihak industri. Antara kerjaya utama adalah jurutera yang mampu berkhidmat dalam sektor penyelidikan dan pembangunan di industri tempatan, industri multi-nasional, industri kecil dan sederhana, institusi pengajian tinggi serta badan penyelidikan tempatan. Selain itu, jurutera rekabentuk juga diperlukan dalam industri pembuatan yang mana proses pembuatan produk memerlukan kepakaran dan kefahaman secara mendalam tentang proses fabrikasi dan pengujian. Kebiasaannya pemegang diploma menjawat jawatan pembantu jurutera.

 

Gaji

 

RM 24,000 hingga RM 50,400 setahun ( sumber jobstreet.com)

 

Written by Admin

Hubungi Kami

  • 349A Mukim 7 Pulau Betong, Balik Pulau 11020 Pulau Pinang 
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 04-6553625 (phone / fax)

2011-2012 © Career2Zoom by Tunas Impian Venture (PG0280262-A). Hakcipta terpelihara.Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi , gambar dan isi kandungan majalah career2zoom ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elekronik, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada  Tunas Impian Venture.